Saturday, May 22, 2010

Thomas Cup 2010 post mortem: Blaming media?


Arent we supposed to blame ourselves for our recent failure? Why to media and fans?




My comment which was posted in Harimaumalaya.com to blast back the post-mortem findings done by BAM with national badminton players (http://harimaumalaya.com/forum/viewtopic.php?f=145&t=3282&start=315)


Herewith are my comments taken from the link,



Kalau hanya tahu blaming others,tu LOW CLASS MINDED!!!


meh aku buat post mortem sebab ape korang fail?


1]mental x cukup strong,terlalu takutkan lawan sebab nama "CHINA" yang gah


korang coveted sangat Thomas Cup,dan selalu je main dengan dorang nape tkut sangat smpai pon mcm bukan kebiasaan?

ini kalah straight set,malu wooo...depan fans sendiri plak tuh


2]backup player punye banyak,tp korang smpan buat pekasam padahal bdak2 tuh bkan calang2naib juara dunia remaja,ade yg juara remaja beregu dunia dan asia


tp nape simpan lpas dorang menang?

hantarla dorang pg sirkit2 utama utk exposure dr hantar pmain2 "tua" yg xleh pakai

3]kejar ranking dari gelaran2 utamaaku x faham ideologi nihranking tuh penting utk seedings sesuatu tournament aje,supaya dpt laluan yg kurang mencabar

tp ape guna kalau Thomas Cup xdpt balik?

then salahkan media?salahkan peminat?

jangan salahkan KAMI ye kalau badminton xdpt coverage kat mediadan kalau Malaysia jadik host,korang bmain macam kat stadium luar

u asked,then u will get it.FINE



From utusan malaysia,the post-mortem findings,read it and compare with mine sure you will like to feel, what the heck?



Pemain salahkan media punca gagal

Itu antara alasan diberi: Nadzmi


(Gambar: Utusan Malaysia)

PIHAK media tanah air menjadi sasaran pemain badminton negara, semalam yang mengaitkannya antara punca utama mereka gagal dalam saingan Piala Thomas-Uber, minggu lalu sambil tampak menolak andaian bahawa kelemahan diri sendiri turut menyumbang kepada keaiban di laman sendiri.

Alasan itu, bersama-sama faktor lain seperti ketiadaan kem bina semangat untuk tempoh lebih panjang, mental yang lemah serta persediaan pasukan lawan seperti China yang lebih baik – tampak alasan lapuk yang diulangi secara kerap sebaik selesai edisi Piala Thomas kali ini.


Menghairankan, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd Nadzmi Salleh mempertahankan pemainnya dengan berkata semua faktor dikemukakan pemain mungkin ada kewajaran dan gembira anak buahnya tampil penuh ikhlas meluahkan pandangan mereka mengenai kegagalan itu.


“Pemain menyuarakan pandangan ikhlas dan secara terbuka mengenai kempen Piala Thomas-Uber kita,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi pertemuan dengan pemain negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. “Antara faktor yang dibangkitkan pemain ialah kehadiran pihak media yang tampak mengganggu persediaan dan juga berita yang disiarkan. Justeru, ada cadangan untuk mengehadkan pertemuan dengan media seminggu sekali.

“Pemain turut menyatakan mental mereka tidak sekuat seperti pasukan China dan juara Piala Thomas itu melakukan persediaan jauh lebih baik berbanding pasukan kita.

“Mereka juga berkata kekurangan tempoh kem latihan seperti dilakukan pada 2008 apabila pasukan berkunjung selama dua minggu di Kuching, Sarawak juga salah satu faktor diluahkan pemain,” katanya.

Ketika dibangkit persoalan bahawa pemain memberi beberapa faktor bagi kegagalan mereka di Piala Thomas dengan tidak seorang pun cuba meletakkan kelemahan pada diri sendiri, Nadzmi pantas berkata: “Tidak, pemain ada berkata mereka juga bertanggung jawab.”


Bagi Nadzmi, semua dibangkitkan pemain adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan belajar daripada kelemahan itu.

“Apa yang berlaku adalah satu proses pembelajaran,” katanya. “Kita sentiasa belajar daripada apa yang kita lalu dan cuba memperbaikinya.”

Apa yang jelas, selepas kegagalan skuad Piala Thomas pada kempen 2004, 2006, 2008 dan kini 2010, BAM hanya sekadar “belajar” tanpa memahaminya sehingga hari ini.

No comments: