Sunday, July 15, 2012

Java Cup: Prebiu Harimau Muda vs Indonesia ?

Mak nak kabo ler yang tatkala skuad senior Malaysia kendalian abang Gobal kita beria-ria ber'sahabat' dengan pasukan-pasukan yang berasal dari 3 singa yang x adela sekuat mana pun di mana-mana edisi Euro mahupun World Cup melainkan pada tahun 1966 (tu jerla pun yang dorang banggakan takat ini), skuad muda kita yang terkulai di kelayakan bawah 22 AFC dek ke'sahabat'an FAM untuk tidak membuat bantahan, akan dihantar ke Jakarta untuk JAVA CUP (dalam bahasa Melayunya, Piala Jawa ler,kan?).

Piala Jawa ini mak dapat tau dari agen-agen mak dijadualkan berlangsung pada 26-29 Julai,semuanya berlangsung di Jakarta.
Disebabkan skuad abang akan bergumbira dengan skuad berpaksikan kiblat di EPL,skuad adik juga tak mahu ketinggalan sama,maka FAM telah bersetuju untuk bermain di Piala Jawa ini. Namun, hasrat itu tak kesampaian dek kerana Indonesia yang akan bertemu Everton, manakala skuad Ong Kim Swee akan menentang skuad dari Turki iaitu Galatasaray. Pemenang bagi kedua-dua perlawanan akan bertemu di perlawanan yang boleh dikatakan final.

Galatasaray sapa tak kenal? Penyokong kelab ni memang terkenal dengan kebisingan ultras mereka dan yang antara top player dorang adalah seperti Felipe Melo, Milan Baros, Emmanuel Eboue dan Fernando Muslera (penjaga gol Uruguay).

Tapi 1 yang mak heran, kalau dah 26-29 Julai tu dua-dua skuad abang adik kita beria ngan perlawanan pertunjukan ala sarkis ni berbanding perlawanan internasional type A, skuad mana pulak yang dijadualkan dalam FIFA.com ini? Ini mak heran. Ada sapa-sapa boleh men'cerah'kan mak?



Oh ya, lupa pulak mak nak kabor kome ni. Ong Kim Swee kabornye panggil si Piya,ala kapten skuad Kelantan tu ler. Tak sabor mak nak tengok Piya ni main ngan skuad negara, tak kisahla walaupun untuk memperkemaskan skuad bawah 22 jer pun untuk Piala Jawa ni.

No comments: