Sunday, July 15, 2012

Rozaimi diintai kelab Thailand,BEC Tero Sasana

Pemain meningkat naik,Rozaimi Abdul Rahman 19 tahun yang mula memikat pandangan mata mak semasa perlawanan kelayakan bawah 22 tempohari khabarnya telah dipikat secara rasmi oleh BEC Tero Sasana untuk percubaan selama sebulan. Sekiranya mereka tertarik, maka kontrak tetap akan diberikan.

Ledakan 10 gol di Yangon terutamanya hatrik semasa membenam Vietnam 3-0 ternyata membuka mata ramai terutamanya Selangor yang pantas mengikat pemain muda ini secara pinjaman untuk kempen Piala Malaysia mereka.

BEC Tero Sasana adalah sebuah kelab yang top di Thailand. Bermain di liga utama Thailand dan rekod terbaik mereka adalah bermain di peringkat tertinggi kelab Asia, iaitu Liga Juara-Juara Asia dan mendapat tempat kedua pada tahun 2002-2003. Ada tak mana-mana kelab di Malaysia boleh tahap ni?Puihh...so,harap faham apa yang mak cuba sampaikan. Tahap bola kita agak jauh ketinggalan dan pendedahan seperti inilah yang kita perlukan. Satu-satunya harapan kita sekarang ini adalah Kelantan yang masih lagi dalam saingan kedua tertinggi kelab Asia,Piala AFC(AFC Cup) untuk menaikkan status liga negara kita ni semula.

Mak dengar Rozaimi dalam dilema nak kesana sebab rasuah,tapi kalau stay kat sini,tak ke sama gak?Rasuah ada kat mana-mana dik oiii...pergi jerla,tolak tepi rasuah tuh. Kalau x pun,ko ambil jer agen cam Nazmi buat dan main kat mana-mana kelab di eropah.
Pada mak, lagi bagus dari main kat sini. Hampeh,puih.

PRESIDEN FAM,SILA LETAK JAWATAN!

No comments: