Sunday, July 15, 2012

Titus James Palani trials dengan Blackburn Rovers

Akhirnya berita tentang Titus James Palani muncul juga!

Mak yakin satu Malaysia tau yang kita punya wakil di kelab Blackburn Rovers iaitu tak lain tak bukan pengulas dan penghentam bola sepak no1,Shebby Singh.

Mak jugak yakin 1 Malaysia kenal dengan 1 budak yang dulunya cukup terkenal dengan timbangan bola beribu-ribu lemon kali dan dek itu beliau menjadi harapan seantero Malaysia waktu dulu untuk mengeluarkan  tahap teruk bola sepak negara waktu itu, iaitu Titus James Palani. Untuk yang masih x kenal, ni ha gambar Titus.



 Mak tau yang dia ni sekarang bermain di Perancis kelab Nanteuil FC,tapi xtau la mak ni kelab di liga mana,sebab kalau di liga kampung di Perancis pun,orang tetap panggil ia kelab dan liga jugak kan?

Tapi kini,Titus yang telah berusia 26 tahun khabarnya telah dijemput untuk ujian atau speaking english,trials dengan kelab yang baru diturunkan pangkat dari EPL, Blackburn Rovers. Sekiranya dia ni berjaya, memang x ada masalahla dia nak bermain sebab dia memang dah dudok europe lama,jadi x ade isu la pasal work permit dan sebagainya.

Mak doakan dia berjaya sebab kalau dia berjaya dengan merit, ini bermakna 1 kejayaan juga untuk bola sepak negara. Betol x?
Oh ya,sebelum berundur diri, PRESIDEN FAM & KUNCU-KUNCUNYA SILA LETAK JAWATAN!

P/s: mak telah dijemput oleh anak saudara mak untuk menulis di blog dia sebab anak buah mak ni busy sikit buat masa ni. Jadi, mak menjadi penulis jemputan aka pemilik blog ini buat sementara waktu,boleh?

No comments: